Tuesday, February 19, 2013

Sudah lah

Siapa kata tempurung macam katak
Otak tak berfungsi dan bergerak ?

Sebenarnya kau tu memang haprak
Langgar jalan orang sampai berlopak.

Apa pernah kau rasa bersalah ?
Buka aib dan menuduh orang yang tak bersalah ?

Sudah lah
Sesal lah
Nanti menyesal tak guna dah .

Sunday, February 10, 2013

Aku ada dia

Aku ada dia
Senakal dia
Sekeras kepala batu dia
Selalu melawan tak kena masa

Aku ada dia
Yang sering cari gaduh
Yang sering buat aku naik angin tak tentu arah
Yang sering buat aku sakit hati yang parah

Aku ada dia
Yang sewel
Yang gila
Yang sengal

Aku ada dia
Yang buat aku tak kering gusi
Yang buat aku senyum sampai belakang kepala
Dia teman sepermainan sering buat aku langsi

Aku ada dia
Satu satunya adik kandung darah daging kesayangan dunia
Satu satunya adik yang satu kepala
Satu satunya adik yang paling gila bila buat kerja gila bersama

Sekarang aku mula sedar hanya dia adik beradik aku yang teramat penting dalam hidup aku .

Aku sering rindu dia walau dia ada depan mata
Aku sering terpingga suara dia bila dia tiada depan mata
Aku sering terdengar ketawa dia bila dia tiada depan mata
Aku sering terasa tumbuk tampar dia bila dia tiada depan mata

Aku mula rasa sayang pada dia
Tanpa dia kegembiraan tidak muncul dalam keluarga
Tanpa dia kesedihan tidak muncul dalam keluarga
Tanpa dia juga kemarahan tidak muncul dalam keluarga

Aku ada dia
Satu satunya adik kandung yang aku sayang .

p/s Kisah tentang adik beradik yang hanya seorang yang teristimewa .Adik aku Nurul Dayana tetap yang terhebat ,terpandai ,tercomel dan segala ter di jiwa aku .

Thursday, February 7, 2013

Intan payung jantung hati kesayangan .

Ahh ,dia .
Ahh ,dia laaa .
Buah hati aku .
Anak orang bukan anak aku mahupun adik aku .

Yang aku pernah bela ,belai ,tidurkan ,mainkan setiap dia ada dirumah aku pada setiap tengahari .Tiap balik sahaja aku dari sekolah terus aku hidu bau dia .Pehh ,bau dia lah paling enak dalam dunia selamanya .Tiap balik sahaja aku dari sekolah dia selalu tidur dan aku akan terus mengacau untuk dia bangkit .

"Aku suka bermain dengan dia"

Main sampai penat .Tak sedar masa berlari laju .Hilang suara nak ketawa .Tiada tenaga nak berlari lagi.

"Cukup Elyas ,aunty Oni penat .Nanti kita sambung main"

Bela anak orang mula memang rasa menyampah .Melalak tak tentu pasal ,kata pun budak .Nak bermanja dengan mak kita ,kata pun budak .Dah lama lama biasa .Rasa sayang sungguh yang amat pulak timbul pada dia .

Elyas nama Nabi kita ibu dia beri pada dia .Muhammad Elyas Bin Mujahid hero dalam hati aku .Kecik kecik dah jadi hero .

*Ketawa tutup mulut*

Aku dan mama bela dia dari dia belum boleh pijak simen rumah aku yang kilau kilau sehingga dia boleh berkata bermacam perkataan yang menyentuh jiwa raga aku .Serius ,memang tersentuh .Tetapi aku tidak kesampaian nak mengajar dia berjalan sebab dia kembali ke pangkuan ibunya tiap tengahari dan selamanya .

Aku putus bela dia sehingga dia bisa berjalan .

Dah lama yang amat tak jumpa dia .Rindu aku pada dia membuak .Hari demi hari sebut nama dia Hari demi hari aku teringat dia .Hari demi hari terbayang dia .Tak boleh tahan .

Mana boleh tahan rindu .Jadi aku terus ambil dia bela kembali .Lagi seronok bermain bila dia dah boleh berjalan .Lagi penat bermain bila dia dah boleh berjalan .Telatah dia selalu buat aku ,papa ,mama ,adik adik aku tak kering gusi ketawa .Dia pun tak pernah rasa penat mulut bercakap .Dia pernah sebut nama aku dengan sejelas habis .

"Oni mandikan ,adik'

Paling buat aku rasa nak ketawa guling guling ,sengih sampai kebelakang kepala ,loncat tinggi tinggi ,menangis terhisak ,cium dia kuat kuat ,peluk sampai dia sesak nafas .Gila gembira aku macam kanak periang !

Sekarang dia dah masuk empat tahun .Dah membesar .Makin membesar makin jauh lah aku dengan dia nanti .Dia anak buah aku tapi bukan anak kakak aku anak kakak sepuupu aku .Tak lama lagi Elyas akan ada adik baru .Dah tak boleh nak manja manja .Elyas kena jadi abang .Dah tak boleh panggil adik dah kena panggil Abang Elyas .

Gambar itu di bilik aku dia belum berjalan lagi ketika itu .Aku banyak simpan gambar dia kerna aku sayang dia .

Naaah ,gambar dia sekarang .Makin kacak ,makin banyak cakap ,makin bijak ,makin kenal orang ,makin tinggi ,makin kuat gaduh dengan abang dia ,makin aktif ,makin dalam lesung pipit ,makin penakut .Penakut kaki ayam .Mama takutkan dia dengan kaki ayam dia terus buat statement yang dia tak makan ayam .Gila kelakar ! 

Aunty Oni sayang Elyas .Aunty Oni rindu Elyas .


Wednesday, February 6, 2013

Tiada kata "Serik"

Bila orang yang kita sayang,
Tanya khabar tentang kita "Okay sahaja"

Bila orang yang kita sayang.
Berubah sikit asal kita happy.

Bila orang yang kita sayang,
Usap usap ubun rambut kita dan kata "Semuanya akan ok ,sayang"

Bila orang yang kita sayang,
Pegang erat tangan kita.

Bila orang yang kita sayang,
Peluk kita lebih kuat dengan apa yang kita rasa.

Bila orang yang kita sayang,
Sentiasa ada saat diperlukan.

Bila orang yang kita sayang,
Ingat segala saat manis kita berdua.

Bila orang yang kita sayang,
Masih layan dan sayangkan kita sama seperti pertama kali bertemu.

Sengih sampai ke telinga
Ketawa tak kering gusi
Senyum tak putus
Dia punya happy tu sampai perut keroncong tak makan pun tak apa .

Tetapi apa yang selalu terjadi ,kita lupa apa yang kita buat sebelum kita dapat .Kita lupa yang kita dah habiskan tenaga dan masa pada orang yang kita puja .Walaupun masa sangat terhad ,kita gagah juga jumpa dan luangkan masa dengan dia .Duit tak ada ,dah pokai tahap nak terkoyak kocek diselup tapi tetap kita tapau topup untuk call atau sms dia untuk mentainkan perasaan sayang dan tanggung perasaan  rindu yang tak dapat dikawal .

Tetapi lepas kita dah usaha itu semua ,segala untuk dia kita dah tunai .Tiba secara perlahan lahan semua yang kita pernah buat kita lupa satu persatu .Bila ajak jumpa ,kata kita asyik nak berkepit sahaja .Bila tanya kenapa tak angkat call atau tak balas sms ,pun boleh jadi marah jadi isu besar .Bila tanya kat mana dengan siapa ,kata rasa terkongkong .

Yang indah bagai lautan menjadi lautan yang penuh sampah .
Tengok muka pun rasa nak ludah .

Ini lah masalah yang paling ketara dalam setiap hubungan .Masalah untuk maintainkan apa yang pernah kita buat pada pasangan kita .Masalah nak mintain kan hubungan seperti dahulu .Aku cuma mahu jawapan kenapa kau perlu berubah bila kau dah jumpa orang yang kau nak itu ?

Kalau bosan cakap .
Kalau tak nak cakap .
Kalau dah muak pun cakap .
Jika kau bisu bagi isyarat .

Memang lah mula mula tu sakit nak terima ini semua .Tapi tak ada lah sampai rasa nak mati macam tiada Tuhan pulak .Hidup ni kita kena sentiasa pandang ke hadapan .Kalau orang tu dah tak nak kita ,pasti ada yang lain nak kan kita .Kita memang dah disediakan jodoh sejak lahir .

Macam manusia semua kata .
Soal rezeki ,ajal maut ,jodoh bukan kerja kita .
Semua kerja Tuhan .

Ini bukan tentang Karma .

p/s: Lelaki Durjana mari kembali ,ludah aku beri .


Saturday, December 1, 2012

Harapan .

Bismilahhirahmannirahim..... Fuuhh....(Hembus nafas) Heloo and Welcome December .Say goodbye to November .

Alhamdulilah ,aku masih di beri peluang untuk bernafas ,menaip ,melihat orang orang tersayang ,senyum ,makan ,minum ,tidur ,mandi ,berjalan dan segala di dunia sampai ke hari ini .

Tetapi........... Seriously ,I did not believe that we would be at the end of the month in 2012 .Macam aku masih berada di alam mimpi yang belum sedar sedar lagi (Tepuk pipi) Why time is so fast running ?

"Kenapa ?"

Feel like have something yang belum cukup atau lengkap untuk ditunaikan pada tahun ni .Pejam celik pejam celik kita akan masuk tahun baru ? Yeeeahh ,tahu baru .Hmmmm Bulan bulan yang sudah berlalu banyak dan terlalu banyak obstacles in my life that I tackle .

Letih memang ,mengeluh kadang ,menangis selalu ,kuat tidak seberapa .Sebab kita semua manusia yang lemah ,remember that !

 Apa pun rintangan ,seberat lori simen rintangan tu kita perlu dan harus harungi ! Kau perlu ingat yang Maha Esa selalu ada dengan kita ,selalu ingat pada kita

.Hmmmm ,bila termengung nun jauh sorang sorang .Naik serabut kepala ni ,gila ! Macam macam kita perlu fikir tentang diri ,alam ,dunia ,masa depan ,anything about life .Aku perlu habis segalanya di bulan pengakhir tahun 2012 .

I just hope that this month is the best month of my life that can make me always smiling because I want happiness in my life .

Saturday, November 24, 2012

Berserah pada yang Esa .

Segalanya aku luah kan di sini .Bukan tiada siapa yang boleh aku luahkan ,ada .Aku cuba tak ingin benda risau tentang aku ada pada mereka .Itu sahaja .

"Pause sebentar"

Aku memang dah boleh di jangka tidak semua manusia dapat memuaskan hati kita .Bodohnya aku !

Orang selalu sebut tentang pasangan hidup walaupun usia belum cukup masak .Umur belum cukup masak pun ada yang dah menggatai ,tak gitu .Allah telah beri aku seorang teman berkaum Adam yang pernah hadir dalam hidup aku tiga tahun yang lepas dan sekarang mula muncul kembali pada hari raya pertama .

"Hari amat bermakna bagi aku tahun ini"

Kami seperti dulu ,borak sana sini ,lawak sana sini ,jiwang sana sini ,jumpa .Jumpa berdua belum lagi ,jumpa sekeluarga sudah selalu .Nampak bahagia kann ?

Biasa laa ,orang pun selalu cakap segala permulaan untuk memikat sesorang memang manis macam coklat .
Tak kita jantina ,bangsa ,agama ,usia ,kaya ,miskin ,pelbagai status .Mula mula kawan kawan kawan kawan kapel .Ehhh .Tak tahan kata nya ,kalau berkawan je .Gersang mungkin .

Dah lebih dari kawan mula buat perjanjian "Janji sayang seorang ,janji setia ,janji only you forever ,janji tiada yang lain ,janji fucking love you" Tahi tahi tahi ,full of crap !

Jangan terlalu gila bermain dengan janji terutama dalam sesuatu permainan cinta dan hati sebab nanti kau yang gila ! Aku naik berang ,serious .

Mula memang banyak saat saat manis ,texting tanpa henti ,tiada jemu ,calling bila kerinduan ,tiap saat .Dah lama lama ,kita boleh jangka sendiri .Semua tu akan ghaib !

Magissssss sangat !(Tak semua macam ini dan aku tahu)

Memang nasib aku nak terkena macam ni ,rasanya .Aku terima dengan senyum tahi kau ! Dan pada tanggal 20 November ,tiada sebarang berita dia pergi macam tu je .Dia fikir perempuan ni tempat singgahan ketika lapar .Macam R&R highway tuuu ,fuck !

No more texting and calling from him ,so heaven .Soal hati ? Merana ? Sedih ? Ada tak ? Allah sahaja yang tahu hati ni ,biar aku dan yang berkuasa sahaja yang mengetahui .

Aku cuma harap jika dia dah tak suka ,benci ,meluat ,muak ,dah ada yang lain ,dah ada yang lebih bahagia untuk dia .Katankan sahaja ,tak perlu berdiam tanpa berita aku yang derita .Aku cuba terima segalanya .Dikala aku jatuh dan bangkit aku sentiasa ada Nya disisi .

AKU KUAT !

Saturday, November 10, 2012

Di tepati bukan di capati .

Statement semua nak gempak kan .Hembus sana sini tanpa memikir .Haih ,manusia sekarang makin maju atau mundur .Tak faham sangat .

*Okay pause*

 Atas apa yang aku cuba nak kongsi sekarang

 "TENTANG JANJI MANUSIA"

Manusia sering kali berjanji dengan benda atau sesuatu yang manis .Macam memujuk girlfrend yang sedang merajuk "Saya janji pada diri saya hanya awak dalam hati saya" Benda yang remeh lah manusia gemar di besarkan .

Dengan janji lah hubungan sesama manusia boleh berpecah belah kerna 'Janji tidak ditepati' Bak kata Najib JANJI DITEPATI .

Bukan pada negara sahaja tapi pada semua yang kita sudah berjanji .Senang cerita jangan mudah berjanji pada manusia kalau hanya nak capati.
Nak capati pergi beli kat kedai 24hour mamak yang berpeluh peluh bersungguh sungguh menebar roti canai dan bagai .

Aku marah sangat tentang janji kerana mangsa di capati sering kali kaum hawa.

Nampak terlalu jelas dan lagikan terang mahu bersuluh .Di Twitter Facebook siapa yang sering kali update status bagai putus hidup ,hancur hati ,kesedihan ,pasrah .Siaapaaa ?

Perempuan !

Lelaki pandai nak perempuan sahaja yang tepati segala janji tapi kau adam pernah memikir hawa yang selalu berharap ? Pernah ? Memang ada ,tapi bukan keseluruhan .Atas segala yang aku cuba ungkapkan pernah berlaku pada aku .Setiap manusia pernah alami .

Bohong kalau tak pernah ! Aku memang takut pada sesiapa yang cuba berjanji kerana berjanji sama dengan memberi harapan .Harap faham--

Yessss ,sebenarnya aku lebih tegas untuk ungkapkan tentang janji ini pada mereka yang sedang melayan perasaan ,sedang bercintan cintun ,monyet monyet.

Lagi lagi remaja remaja zaman kita sering di capati .

"Kesiannn......"

Rasa macam perlu tubuhkan Kebajikan Masyarakat pada meraka yang sudah di capati mungkin ?
Dengan di beri nama "Kami Di Capati " mungkin dengan diberi nama Capati boleh dapat sponser dari mana mana kedai mamak untuk makan capati setiap hari.

Okay ,bukan lawak .Hmmm .Okaay cukup dengan cukup untuk mencerita tentang janji.

Aku harap segala janji di tepati bukan di capati .

Monday, November 5, 2012

Aku dan sekalian manusia lemah .

HIDUP HIDUP HIDUP . PELBAGAI RINTANGAN KITA AKAN HADAPI DALAM HIDUP NI .SUSAH SENANG .ADA ORANG ENGGAP KAWAN HANYA DIPERLUKAN KETIKA "SENANG" SAHAJA .AKU SETUJU ! KERNA AKU SUDAH HADAPINYA .AKU TERIMA DENGAN IKHLAS HATI KERANA MERAKA TIADA KETIKA KU SUSAH .KETIKA KU SENANG BERDUYUNG MANUSIA KALIAN SEKELILING KU ,PERIT -,- TETAPI AKU MASIH BERSYUKUR DALAM SUSAH & SENANG AKU "PAPA MAMA" AKU SENTIASA ADA DI SAMPING AKU .AKU HARGAI SEGALA LELAH MEREKA :) AKU TAHU ALLAH SEMBUNYIKAN SEGALA KEGEMBIRAAN AKU SEKARANG .SUATU HARI NANTI MUNGKIN AKU AKAN GEMBIRA TIDAK INGAT DUNIA .BIAR SEDIH DAHULU ,GEMBIRA KEMUDIAN :D DOA DOA DOA TIDAK BOLEH PUTUS .ALLAH AKAN MENDENGAR SEGALA  KELUHAN KITA .INSYAALLAH..................