Thursday, February 7, 2013

Intan payung jantung hati kesayangan .

Ahh ,dia .
Ahh ,dia laaa .
Buah hati aku .
Anak orang bukan anak aku mahupun adik aku .

Yang aku pernah bela ,belai ,tidurkan ,mainkan setiap dia ada dirumah aku pada setiap tengahari .Tiap balik sahaja aku dari sekolah terus aku hidu bau dia .Pehh ,bau dia lah paling enak dalam dunia selamanya .Tiap balik sahaja aku dari sekolah dia selalu tidur dan aku akan terus mengacau untuk dia bangkit .

"Aku suka bermain dengan dia"

Main sampai penat .Tak sedar masa berlari laju .Hilang suara nak ketawa .Tiada tenaga nak berlari lagi.

"Cukup Elyas ,aunty Oni penat .Nanti kita sambung main"

Bela anak orang mula memang rasa menyampah .Melalak tak tentu pasal ,kata pun budak .Nak bermanja dengan mak kita ,kata pun budak .Dah lama lama biasa .Rasa sayang sungguh yang amat pulak timbul pada dia .

Elyas nama Nabi kita ibu dia beri pada dia .Muhammad Elyas Bin Mujahid hero dalam hati aku .Kecik kecik dah jadi hero .

*Ketawa tutup mulut*

Aku dan mama bela dia dari dia belum boleh pijak simen rumah aku yang kilau kilau sehingga dia boleh berkata bermacam perkataan yang menyentuh jiwa raga aku .Serius ,memang tersentuh .Tetapi aku tidak kesampaian nak mengajar dia berjalan sebab dia kembali ke pangkuan ibunya tiap tengahari dan selamanya .

Aku putus bela dia sehingga dia bisa berjalan .

Dah lama yang amat tak jumpa dia .Rindu aku pada dia membuak .Hari demi hari sebut nama dia Hari demi hari aku teringat dia .Hari demi hari terbayang dia .Tak boleh tahan .

Mana boleh tahan rindu .Jadi aku terus ambil dia bela kembali .Lagi seronok bermain bila dia dah boleh berjalan .Lagi penat bermain bila dia dah boleh berjalan .Telatah dia selalu buat aku ,papa ,mama ,adik adik aku tak kering gusi ketawa .Dia pun tak pernah rasa penat mulut bercakap .Dia pernah sebut nama aku dengan sejelas habis .

"Oni mandikan ,adik'

Paling buat aku rasa nak ketawa guling guling ,sengih sampai kebelakang kepala ,loncat tinggi tinggi ,menangis terhisak ,cium dia kuat kuat ,peluk sampai dia sesak nafas .Gila gembira aku macam kanak periang !

Sekarang dia dah masuk empat tahun .Dah membesar .Makin membesar makin jauh lah aku dengan dia nanti .Dia anak buah aku tapi bukan anak kakak aku anak kakak sepuupu aku .Tak lama lagi Elyas akan ada adik baru .Dah tak boleh nak manja manja .Elyas kena jadi abang .Dah tak boleh panggil adik dah kena panggil Abang Elyas .

Gambar itu di bilik aku dia belum berjalan lagi ketika itu .Aku banyak simpan gambar dia kerna aku sayang dia .

Naaah ,gambar dia sekarang .Makin kacak ,makin banyak cakap ,makin bijak ,makin kenal orang ,makin tinggi ,makin kuat gaduh dengan abang dia ,makin aktif ,makin dalam lesung pipit ,makin penakut .Penakut kaki ayam .Mama takutkan dia dengan kaki ayam dia terus buat statement yang dia tak makan ayam .Gila kelakar ! 

Aunty Oni sayang Elyas .Aunty Oni rindu Elyas .