Statement semua nak gempak kan .Hembus sana sini tanpa memikir .Haih ,manusia sekarang makin maju atau mundur .Tak faham sangat .
*Okay pause*
Atas apa yang aku cuba nak kongsi sekarang
"TENTANG JANJI MANUSIA"
Manusia sering kali berjanji dengan benda atau sesuatu yang manis .Macam memujuk girlfrend yang sedang merajuk "Saya janji pada diri saya hanya awak dalam hati saya" Benda yang remeh lah manusia gemar di besarkan .
Dengan janji lah hubungan sesama manusia boleh berpecah belah kerna 'Janji tidak ditepati' Bak kata Najib JANJI DITEPATI .
Bukan pada negara sahaja tapi pada semua yang kita sudah berjanji .Senang cerita jangan mudah berjanji pada manusia kalau hanya nak capati.
Nak capati pergi beli kat kedai 24hour mamak yang berpeluh peluh bersungguh sungguh menebar roti canai dan bagai .
Aku marah sangat tentang janji kerana mangsa di capati sering kali kaum hawa.
Nampak terlalu jelas dan lagikan terang mahu bersuluh .Di Twitter Facebook siapa yang sering kali update status bagai putus hidup ,hancur hati ,kesedihan ,pasrah .Siaapaaa ?
Perempuan !
Lelaki pandai nak perempuan sahaja yang tepati segala janji tapi kau adam pernah memikir hawa yang selalu berharap ? Pernah ? Memang ada ,tapi bukan keseluruhan .Atas segala yang aku cuba ungkapkan pernah berlaku pada aku .Setiap manusia pernah alami .
Bohong kalau tak pernah ! Aku memang takut pada sesiapa yang cuba berjanji kerana berjanji sama dengan memberi harapan .Harap faham--
Yessss ,sebenarnya aku lebih tegas untuk ungkapkan tentang janji ini pada mereka yang sedang melayan perasaan ,sedang bercintan cintun ,monyet monyet.
Lagi lagi remaja remaja zaman kita sering di capati .
"Kesiannn......"
Rasa macam perlu tubuhkan Kebajikan Masyarakat pada meraka yang sudah di capati mungkin ?
Dengan di beri nama "Kami Di Capati " mungkin dengan diberi nama Capati boleh dapat sponser dari mana mana kedai mamak untuk makan capati setiap hari.
Okay ,bukan lawak .Hmmm .Okaay cukup dengan cukup untuk mencerita tentang janji.
Aku harap segala janji di tepati bukan di capati .