Wednesday, February 6, 2013

Tiada kata "Serik"

Bila orang yang kita sayang,
Tanya khabar tentang kita "Okay sahaja"

Bila orang yang kita sayang.
Berubah sikit asal kita happy.

Bila orang yang kita sayang,
Usap usap ubun rambut kita dan kata "Semuanya akan ok ,sayang"

Bila orang yang kita sayang,
Pegang erat tangan kita.

Bila orang yang kita sayang,
Peluk kita lebih kuat dengan apa yang kita rasa.

Bila orang yang kita sayang,
Sentiasa ada saat diperlukan.

Bila orang yang kita sayang,
Ingat segala saat manis kita berdua.

Bila orang yang kita sayang,
Masih layan dan sayangkan kita sama seperti pertama kali bertemu.

Sengih sampai ke telinga
Ketawa tak kering gusi
Senyum tak putus
Dia punya happy tu sampai perut keroncong tak makan pun tak apa .

Tetapi apa yang selalu terjadi ,kita lupa apa yang kita buat sebelum kita dapat .Kita lupa yang kita dah habiskan tenaga dan masa pada orang yang kita puja .Walaupun masa sangat terhad ,kita gagah juga jumpa dan luangkan masa dengan dia .Duit tak ada ,dah pokai tahap nak terkoyak kocek diselup tapi tetap kita tapau topup untuk call atau sms dia untuk mentainkan perasaan sayang dan tanggung perasaan  rindu yang tak dapat dikawal .

Tetapi lepas kita dah usaha itu semua ,segala untuk dia kita dah tunai .Tiba secara perlahan lahan semua yang kita pernah buat kita lupa satu persatu .Bila ajak jumpa ,kata kita asyik nak berkepit sahaja .Bila tanya kenapa tak angkat call atau tak balas sms ,pun boleh jadi marah jadi isu besar .Bila tanya kat mana dengan siapa ,kata rasa terkongkong .

Yang indah bagai lautan menjadi lautan yang penuh sampah .
Tengok muka pun rasa nak ludah .

Ini lah masalah yang paling ketara dalam setiap hubungan .Masalah untuk maintainkan apa yang pernah kita buat pada pasangan kita .Masalah nak mintain kan hubungan seperti dahulu .Aku cuma mahu jawapan kenapa kau perlu berubah bila kau dah jumpa orang yang kau nak itu ?

Kalau bosan cakap .
Kalau tak nak cakap .
Kalau dah muak pun cakap .
Jika kau bisu bagi isyarat .

Memang lah mula mula tu sakit nak terima ini semua .Tapi tak ada lah sampai rasa nak mati macam tiada Tuhan pulak .Hidup ni kita kena sentiasa pandang ke hadapan .Kalau orang tu dah tak nak kita ,pasti ada yang lain nak kan kita .Kita memang dah disediakan jodoh sejak lahir .

Macam manusia semua kata .
Soal rezeki ,ajal maut ,jodoh bukan kerja kita .
Semua kerja Tuhan .

Ini bukan tentang Karma .

p/s: Lelaki Durjana mari kembali ,ludah aku beri .