Wednesday, February 27, 2013

Diri

Apakah ?
Kenapakah ?
Bagaimankah?
Mengapakah ?
Siapakah ?

Soalan yang sering mengelilingi fikiran.
Jam jam jam ,otak !

Aku seperti tiada hati
yang seperti mempunyai otak tetapi sukar untuk diisi
seperti tak pernah ada kawan yang mahu selalu di sampingi
dan seperti tiada hidup untuk di teruskan di dunia ini

Apa yang membuat aku rasa jalan hidup aku terlalu palat !!!!!

Ya Allah .....

Aku sendiri tak faham dengan diri aku
tak faham apa mahunya diri aku
tak faham siapa diri aku

Kenapa aku tak seperti mereka yang boleh diharap
yang boleh memberi tuah kepada yang tersayang
yang boleh membuat orang tunduk menunduk

Apa yang cela nya aku ??

Apa ????!!!!

Aku memang tiada jawapan .

p/s Maafkan segala kesalahan aku ,bonda dan ayahanda .

Tuesday, February 19, 2013

Sudah lah

Siapa kata tempurung macam katak
Otak tak berfungsi dan bergerak ?

Sebenarnya kau tu memang haprak
Langgar jalan orang sampai berlopak.

Apa pernah kau rasa bersalah ?
Buka aib dan menuduh orang yang tak bersalah ?

Sudah lah
Sesal lah
Nanti menyesal tak guna dah .

Sunday, February 10, 2013

Aku ada dia

Aku ada dia
Senakal dia
Sekeras kepala batu dia
Selalu melawan tak kena masa

Aku ada dia
Yang sering cari gaduh
Yang sering buat aku naik angin tak tentu arah
Yang sering buat aku sakit hati yang parah

Aku ada dia
Yang sewel
Yang gila
Yang sengal

Aku ada dia
Yang buat aku tak kering gusi
Yang buat aku senyum sampai belakang kepala
Dia teman sepermainan sering buat aku langsi

Aku ada dia
Satu satunya adik kandung darah daging kesayangan dunia
Satu satunya adik yang satu kepala
Satu satunya adik yang paling gila bila buat kerja gila bersama

Sekarang aku mula sedar hanya dia adik beradik aku yang teramat penting dalam hidup aku .

Aku sering rindu dia walau dia ada depan mata
Aku sering terpingga suara dia bila dia tiada depan mata
Aku sering terdengar ketawa dia bila dia tiada depan mata
Aku sering terasa tumbuk tampar dia bila dia tiada depan mata

Aku mula rasa sayang pada dia
Tanpa dia kegembiraan tidak muncul dalam keluarga
Tanpa dia kesedihan tidak muncul dalam keluarga
Tanpa dia juga kemarahan tidak muncul dalam keluarga

Aku ada dia
Satu satunya adik kandung yang aku sayang .

p/s Kisah tentang adik beradik yang hanya seorang yang teristimewa .Adik aku Nurul Dayana tetap yang terhebat ,terpandai ,tercomel dan segala ter di jiwa aku .

Thursday, February 7, 2013

Intan payung jantung hati kesayangan .

Ahh ,dia .
Ahh ,dia laaa .
Buah hati aku .
Anak orang bukan anak aku mahupun adik aku .

Yang aku pernah bela ,belai ,tidurkan ,mainkan setiap dia ada dirumah aku pada setiap tengahari .Tiap balik sahaja aku dari sekolah terus aku hidu bau dia .Pehh ,bau dia lah paling enak dalam dunia selamanya .Tiap balik sahaja aku dari sekolah dia selalu tidur dan aku akan terus mengacau untuk dia bangkit .

"Aku suka bermain dengan dia"

Main sampai penat .Tak sedar masa berlari laju .Hilang suara nak ketawa .Tiada tenaga nak berlari lagi.

"Cukup Elyas ,aunty Oni penat .Nanti kita sambung main"

Bela anak orang mula memang rasa menyampah .Melalak tak tentu pasal ,kata pun budak .Nak bermanja dengan mak kita ,kata pun budak .Dah lama lama biasa .Rasa sayang sungguh yang amat pulak timbul pada dia .

Elyas nama Nabi kita ibu dia beri pada dia .Muhammad Elyas Bin Mujahid hero dalam hati aku .Kecik kecik dah jadi hero .

*Ketawa tutup mulut*

Aku dan mama bela dia dari dia belum boleh pijak simen rumah aku yang kilau kilau sehingga dia boleh berkata bermacam perkataan yang menyentuh jiwa raga aku .Serius ,memang tersentuh .Tetapi aku tidak kesampaian nak mengajar dia berjalan sebab dia kembali ke pangkuan ibunya tiap tengahari dan selamanya .

Aku putus bela dia sehingga dia bisa berjalan .

Dah lama yang amat tak jumpa dia .Rindu aku pada dia membuak .Hari demi hari sebut nama dia Hari demi hari aku teringat dia .Hari demi hari terbayang dia .Tak boleh tahan .

Mana boleh tahan rindu .Jadi aku terus ambil dia bela kembali .Lagi seronok bermain bila dia dah boleh berjalan .Lagi penat bermain bila dia dah boleh berjalan .Telatah dia selalu buat aku ,papa ,mama ,adik adik aku tak kering gusi ketawa .Dia pun tak pernah rasa penat mulut bercakap .Dia pernah sebut nama aku dengan sejelas habis .

"Oni mandikan ,adik'

Paling buat aku rasa nak ketawa guling guling ,sengih sampai kebelakang kepala ,loncat tinggi tinggi ,menangis terhisak ,cium dia kuat kuat ,peluk sampai dia sesak nafas .Gila gembira aku macam kanak periang !

Sekarang dia dah masuk empat tahun .Dah membesar .Makin membesar makin jauh lah aku dengan dia nanti .Dia anak buah aku tapi bukan anak kakak aku anak kakak sepuupu aku .Tak lama lagi Elyas akan ada adik baru .Dah tak boleh nak manja manja .Elyas kena jadi abang .Dah tak boleh panggil adik dah kena panggil Abang Elyas .

Gambar itu di bilik aku dia belum berjalan lagi ketika itu .Aku banyak simpan gambar dia kerna aku sayang dia .

Naaah ,gambar dia sekarang .Makin kacak ,makin banyak cakap ,makin bijak ,makin kenal orang ,makin tinggi ,makin kuat gaduh dengan abang dia ,makin aktif ,makin dalam lesung pipit ,makin penakut .Penakut kaki ayam .Mama takutkan dia dengan kaki ayam dia terus buat statement yang dia tak makan ayam .Gila kelakar ! 

Aunty Oni sayang Elyas .Aunty Oni rindu Elyas .


Wednesday, February 6, 2013

Tiada kata "Serik"

Bila orang yang kita sayang,
Tanya khabar tentang kita "Okay sahaja"

Bila orang yang kita sayang.
Berubah sikit asal kita happy.

Bila orang yang kita sayang,
Usap usap ubun rambut kita dan kata "Semuanya akan ok ,sayang"

Bila orang yang kita sayang,
Pegang erat tangan kita.

Bila orang yang kita sayang,
Peluk kita lebih kuat dengan apa yang kita rasa.

Bila orang yang kita sayang,
Sentiasa ada saat diperlukan.

Bila orang yang kita sayang,
Ingat segala saat manis kita berdua.

Bila orang yang kita sayang,
Masih layan dan sayangkan kita sama seperti pertama kali bertemu.

Sengih sampai ke telinga
Ketawa tak kering gusi
Senyum tak putus
Dia punya happy tu sampai perut keroncong tak makan pun tak apa .

Tetapi apa yang selalu terjadi ,kita lupa apa yang kita buat sebelum kita dapat .Kita lupa yang kita dah habiskan tenaga dan masa pada orang yang kita puja .Walaupun masa sangat terhad ,kita gagah juga jumpa dan luangkan masa dengan dia .Duit tak ada ,dah pokai tahap nak terkoyak kocek diselup tapi tetap kita tapau topup untuk call atau sms dia untuk mentainkan perasaan sayang dan tanggung perasaan  rindu yang tak dapat dikawal .

Tetapi lepas kita dah usaha itu semua ,segala untuk dia kita dah tunai .Tiba secara perlahan lahan semua yang kita pernah buat kita lupa satu persatu .Bila ajak jumpa ,kata kita asyik nak berkepit sahaja .Bila tanya kenapa tak angkat call atau tak balas sms ,pun boleh jadi marah jadi isu besar .Bila tanya kat mana dengan siapa ,kata rasa terkongkong .

Yang indah bagai lautan menjadi lautan yang penuh sampah .
Tengok muka pun rasa nak ludah .

Ini lah masalah yang paling ketara dalam setiap hubungan .Masalah untuk maintainkan apa yang pernah kita buat pada pasangan kita .Masalah nak mintain kan hubungan seperti dahulu .Aku cuma mahu jawapan kenapa kau perlu berubah bila kau dah jumpa orang yang kau nak itu ?

Kalau bosan cakap .
Kalau tak nak cakap .
Kalau dah muak pun cakap .
Jika kau bisu bagi isyarat .

Memang lah mula mula tu sakit nak terima ini semua .Tapi tak ada lah sampai rasa nak mati macam tiada Tuhan pulak .Hidup ni kita kena sentiasa pandang ke hadapan .Kalau orang tu dah tak nak kita ,pasti ada yang lain nak kan kita .Kita memang dah disediakan jodoh sejak lahir .

Macam manusia semua kata .
Soal rezeki ,ajal maut ,jodoh bukan kerja kita .
Semua kerja Tuhan .

Ini bukan tentang Karma .

p/s: Lelaki Durjana mari kembali ,ludah aku beri .