Saturday, April 13, 2013

Mencari hidup


Hidup kita tidak diukur dengan bilangan nafas kita mengambil ,
tetapi oleh detik-detik yang mengambil nafas kita jauh .

Tuesday, April 9, 2013

Semua mahu jadi yang berguna

Selama dua tahun
aku menghadapi segala pengangguran dan
sering berhadapan dengan mulut mulut longkang
yang sering menanyakan
apa mahunya aku sebenarnya .

Mulut mulut longkang yang sukar untuk berdiam .
Tetapi apa sebenarnya mahunya dia tahu tentang hidup aku ?
Persoalan--

Tak perlu lah risau tentang hidup aku
aku tahu apa yang terbaik aku lakukan
Tolong cuci mulut bagi bersih
Jawapan--

Sekarang aku tunjuk apa mahunya aku sebenarnya
siapa yang mahu jadi penganggur seumur hidup
tak akan ada--

Dan sekarang aku mahu jadi orang berguna
tiada lagi dihimpuni mulut mulut longkang
biar mulut mulut syurga sering bersama .

What I want will I do it sincerely .Honestly I said ,that I dont like to be forced .InsyaAllah ,whatever obstacles and tests will I face with calm and sincere .

p/s: Segala berkat dalam hidup hasil dari berkat doa ibu ayah .


Friday, April 5, 2013

Syukur

Niat niat tak sudah
tunai belum lagi 
esok esok sampai kesudah
akhirnya tertunai .

Niat aku mahu ganti puasa 
sebenarnya---

Alhamdulilah ,
puasa jua aku 
akhirnya .

Orang kata lebih afdal lebih elok 
permulaan puasa biar hari Isnin
tapi tiada kesempatan

Banyak dugaan pula bila puasa
tapi aku cuba tahan diri 
mengawal--
Apa apa pun rasa puas dapat tunai kan apa yang mahu
Syukur--

Friday, March 29, 2013

As long as it exists


(Pangkor Island, 2011)

"I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel" -Maya Angelou 

Thursday, March 28, 2013

Aku mahu kata

Biar aku kata .

Hanya aku yang tahu
segala ludahnya aku disini
bukan aku tak mahu menjelaskan dan beritahu
tetapi ini adalah rahsia hati .

Aku manusia yang suka menyimpan
segala rahsia
segala luahan
tetapi ini adalah rahsia yang terbuka .

Rahsia aku boleh kongsi pada sesiapa
tetapi bukan segala
aku memang suka amal perkongsian ni
memberi lebih pahala
aku paling benci amal pencetakan
kerana ia amat menyakitkan .

Faham--

Tuesday, March 26, 2013

Cuba

Sampai satu masa
kita tak mahu kata apa-apa
tak mampu fikir satu benda
tak peduli apa orang kata
hanya mahu bersama
untuk selamanya .

Walaupun ,itu harapan sahaja
Tak mengapa .
Kita boleh terus cuba .

Wednesday, March 20, 2013

Hantu sahaja.

Lalu bagaimana ceritanya kita
kalau mata mu tak pernah ada
kalau tanganmu tak pernah ada
sentiasa sendiri sahaja.

Aku cuma bercinta dengan hantu yang tiada
menampal wajah yang ada pada tubuh yang aku sangka ada
yang cuma ada hanyalah rasa
dan orang kata aku ini perempuan gila.

Aku ingin dipegang ,dibelai dan disayang
aku mahu dipanggil-panggilkan "mari sayang"

Yang kita ada cuma sms
webchat pun tak pernah ada
aku cuma ada sesuatu yang aku pegangkan
cuma ruhmu sahaja.

Tapi aku mahu dipegang
aku mahu disayang
aku mahu mata kita bertentang
aku mahu kau panggil aku "sayang"

Cinta dengan hantu itu tak gemilang
cinta dengan hantu itu buat aku rasa terbuang
cinta dengan hantu itu menyakitkan
cintai aku depan-depan.

Ambil tangan aku dan bawa berjalan
ambillah cinta aku dan bawa tinggi
ambillah tubuh aku dan kau pegangkan
sampai kita tua
sampai aku mati.

Aku tak sanggup bercinta semata dengan hantumu yang tiada
aku tak mau itu semua
aku sendirian tak kah kau rasa ?

p/s: Tentang bercinta ,bersayang tanpa bertemu .


Monday, March 18, 2013

Kosong

Tuhan Sayang Aku
Sebab Itu Lah
Aku Terima Berlambak Dugaan
Tanpa Henti .

Tuhan Nak Tengok
Kesabaran
Kekuatan
Dan Tindakan Aku .

Tapi Malangnya
Aku Cepat Mengalah
Tak Mahu Untuk Terus
Kehadapan .

Aku Kosong .
Aku Memang Manusia Yang Degil Tak Mahu Tanam Cita Cita .
Aku Memang Begitu
Itu Aku .