Wednesday, March 20, 2013

Hantu sahaja.

Lalu bagaimana ceritanya kita
kalau mata mu tak pernah ada
kalau tanganmu tak pernah ada
sentiasa sendiri sahaja.

Aku cuma bercinta dengan hantu yang tiada
menampal wajah yang ada pada tubuh yang aku sangka ada
yang cuma ada hanyalah rasa
dan orang kata aku ini perempuan gila.

Aku ingin dipegang ,dibelai dan disayang
aku mahu dipanggil-panggilkan "mari sayang"

Yang kita ada cuma sms
webchat pun tak pernah ada
aku cuma ada sesuatu yang aku pegangkan
cuma ruhmu sahaja.

Tapi aku mahu dipegang
aku mahu disayang
aku mahu mata kita bertentang
aku mahu kau panggil aku "sayang"

Cinta dengan hantu itu tak gemilang
cinta dengan hantu itu buat aku rasa terbuang
cinta dengan hantu itu menyakitkan
cintai aku depan-depan.

Ambil tangan aku dan bawa berjalan
ambillah cinta aku dan bawa tinggi
ambillah tubuh aku dan kau pegangkan
sampai kita tua
sampai aku mati.

Aku tak sanggup bercinta semata dengan hantumu yang tiada
aku tak mau itu semua
aku sendirian tak kah kau rasa ?

p/s: Tentang bercinta ,bersayang tanpa bertemu .