Saturday, May 30, 2015

Dia si hitam

Aku suka buat sesuatu ikut kata hati
SEBAB
aku nak puaskan hati sendiri
Jadi kau yang tiada kena mengena
tolong berambus !

Wednesday, May 27, 2015

Kerana ingatan masih segar

Ingat tak dulu kita selalu makan semeja
sambil makan kita kongsi cerita
sambil makan kita gelak tawa
masih ingat ?

Ingat tak dulu setiap petang kita semua selalu lepak luar rumah
sambil ambil angin kita makan rambutan
sambil juga kita berborak
masih ingat ?

Ingat tak dulu kita semua suka berkumpul depan tv setiap lepas maghrib
kita tonton berita dan kita tunggu cerita yang kita ternanti nak tengok bersama
maasih ingat ?

Ingat tak dulu tiap kali hujan turun dengan lebat sangat
depan rumah kita mesti banjir lalu kita bersihkan bersama
masih ingat ?

Tahu kenapa aku tertanya "masih ingat ?"
kerana aku amat dan teramat rindu kenagan aku yang dahulu
kenangan aku duduk dirumah yang begitu nyaman
aku rindu sangat--


Wednesday, March 11, 2015

Kerana kamu semua

Pengalaman mengajar kita menjadi dewasa

Kongsi cerita sesama kita mengajar kita mahu terus kehadapan

Kawan baru membuat semangat kita membaur

Kerana itu aku bersyukur kerana dia kurniakan kamu semua sebagai sahabat sekerja aku

Aku gumbiraaa :)

Saturday, March 7, 2015

Cuma mengharap

Kenapa mesti mudah rasa lemah
sedangkan ramai yang hadapi.

Kenapa mesti mudah rasa takut
sedangkan ramai memberi dorongan.

Kenapa mesti mudah rasa murung
sedangkan semua tersedia gembira.

Kenapa mesti mudah rasa mengalah
sedangkan tiada siapa yang mematah.

Kenapa mesti mudah rasa risau
sedangkan tiada siapa mendesak.

Jadi manusia biar berfikir panjang
fikir hidup
fikir makan
fikir nak berjaya
fikir nak kaya
itu aje.

Jadi tolong teruskan

Tuesday, December 30, 2014

New year

Enough for everything
lupakan kau
lupakan kes kita
lupakan sahaja apa yang sudah lepas

Tahun baru sudah tiba
aku tak akan tanam apa-apa azam
azam yang sudah pun tak tertunai

Aku akan kumpul duit 
demi diri 
demi masa depan
demi keluarga

I need job
for a new year !

Walau aku tak dapat beri segulung ijazah
namun aku akan tunaikan apa yang mereka mahukan
aku bersyukur kerana mereka sentiasa memberi aku peluang

Aku akan cuba berubah
thanks for those yang sentiasa support aku 
dalam pada aku sering macai macai
family ,kawan kawan, adik beradik , wait adik beradik ta ada kot. bruh~

Okay lah 
Selamat Tahun Baru
hadapilah dengan tabah !
Peace :)

Monday, November 3, 2014

Jodoh

Tahun depan umur dah dua puluh satu tahun. Ramai remaja kat luar dah mula fikir tentang jodoh. Sebab umur pun makin meningkat. Aku lagi langsung tak fikir tu semua. Sejak apa? Sejak kenapa? Hmm rasa serik. Sebab dah rasa macam mana perit sakit bila dah diluka. Sedara mara, kenalan rapat, mak ayah memang selalu tanya tentang jodoh. Aku just diam. Aku masih tak boleh lupa kisah lama jadi aku selalu matikan semua topik tentang jodoh.

Saturday, October 4, 2014

Terang terang

Aku mengaku
aku tidak tahu dan mahir tentang agama
tapi aku masih tahu mana pahala mana dosa

Aku tahu mana nak dapat pahala
aku tak ada minta sedekah pada sesiapa untuk pahala aku

Ye aku tahu kau buat untuk kebaikan aku
tetapi kalau kita sendiri disuruh lalu kita buat kerja tanpa ikhlas itu boleh dapat pahala?

Fikirlah.

Tuesday, September 23, 2014

Tiada pertemuan

Hari demi hari sudah berlalu
segala perubahan yang amat ketara
segala suka duka 
sudah aku lalui

Segala keindahan 
aku sambar dengan senyuman
segala keperitan 
aku sambar dengan ketenangan

Aku sering rasa indah bila
ada yang menghibur
tapi dia
tiada

Tiada alasan untuk meninggalkan
tapi aku cuma
rasa dia mahu cari pembaharuan

Tapi mengapa dia cuba untuk
menanyakan khabar 
aku ?

Hmmm.....

Moga dia gembira bersama yang lain