Tuesday, September 23, 2014

Tiada pertemuan

Hari demi hari sudah berlalu
segala perubahan yang amat ketara
segala suka duka 
sudah aku lalui

Segala keindahan 
aku sambar dengan senyuman
segala keperitan 
aku sambar dengan ketenangan

Aku sering rasa indah bila
ada yang menghibur
tapi dia
tiada

Tiada alasan untuk meninggalkan
tapi aku cuma
rasa dia mahu cari pembaharuan

Tapi mengapa dia cuba untuk
menanyakan khabar 
aku ?

Hmmm.....

Moga dia gembira bersama yang lain