Thursday, November 28, 2013

Tangan perempuan dengan pasir

Selama ini pasir itu kering 
sekadar jadi bahan pijakan 
datang tangan perempuan lalu dikutip
ditadah cermat ,diberi perhatian

Sedikit tangan perempuan tidak menggenggam 
menanti statik ,setia ia merumah di situ
tetap perlahan-lahan pasir lari dari celah jari
meninggalkan tangan perempuan kosong berdebu

Tangan perempuan bisa menggoncang dunia
namun yang bertepuk sebelah tetap pedih
elok lagi disambut telapak beracun
dari menepuk angin yang bisu dan dingin 

Thursday, October 24, 2013

Torture

Ingin aku sampaikan salam
pada yang disana
mengharap yang disana masih menyahut salam

Apa yang disana sedang lakukan
pergi dari sini tanpa berita
apa masih ingat pada janji yang dikatakan
atau sudah lupa daratan

Let me know

Apa khabar kau kat sana ?
apa cerita kau kat sana ?
apa masalah kau dekat sana ?

Honestly im worry about you
even you're going to leave me without news

Cuma perlu ungkapkan jika kau sudah ada yang lain
aku cuba terima
Jangan main teka teki dengan aku
aku penat menunggu

Aku rindu kau--

Tuesday, October 1, 2013

Pernah ?

Pernah tak kau rasa sayang sangat kat seseorang

sampai apa dia buat
apa dia cakap
apa dia fikir
apa dia dengar
apa dia percaya
apa dia suka
apa dia benci
semua kau nak tahu

sampai kau sanggup maafkan apa jua salah dia
kecil ,besar kau sanggup lupakan
sebab nak lupakan salah tu
lebih mudah dari kau pilih
untuk lupakan dia

sampai dia kau letak paling atas
apa yang lain cakap
apa yang kanan kiri bisik
kau dengar tapi kau peduli apa
untuk buang dia ,mustahil

sampai kau bukan setakat bayangkan
malah kau doakan
yang di masa depan
dah tertulis
dia ada

sampai godaan lain
secantik sekacak mana
tak akan lebih cantik
tak akan lebih kacak
dari dia di mata kau

sampai mampu tertitis airmata kau
kalau di bayang hidup kau
tanpa ada dia
pernah ?


Thursday, September 19, 2013

Mengalah

Aku memang tak rajin berbalas cakap dengan dia sebenarnya .dalam mana-mana pertikaman lidah ,aku sering mengalah .entahlah hujah dari dia yang terlalau kuat atau idea aku yang terlalu lemah .aku tak tahu .


Sunday, August 25, 2013

Masih berdiri aku disini

Hari ini genap aku 19 tahun
Tanpa aku sedari
Aku bakal masuk lingkungan 20 tahun
Untuk hari hari yang bakal menyusuri

Tiada apa yang dapat melambangkan
Bahawa hari ini hari lahir aku
Kerana tiada siapa yang pernah mengingatkan
Kecuali diri aku

"Selamat hari jadi wahai auni .Moga diri engkau tabah menghadapi segalanya"

Kata aku--

Aku tak akan rasa kecewa
Dengan tidak ada sebarang kejutan
Tiup lilin , nyanyian hari jadi mahupun hadiah

Masih adanya keluarga untuk aku
Adalah hadiah yang bermakna buat selamanya untuk aku

Terima kasih Tuhan kau masih pelihara aku--


26 Ogos 1994





Thursday, May 23, 2013

If the shoes fits ,feel free to lace that Bitch us & wear it .

Masalah kita manusia adalah :
merasakan kita semua terlalu penting dan berharga
sehingga kita memikir SETIAP perkara adalah berkaitan kita sendiri .

Berhenti cara diri sendiri dalam tulisan orang
sebab kita tidak sepenting yang kita sangka
berhenti buru nama sendiri dalam cerita orang
sebab itu cara syaitan ajak kita berburuk sangka .

Belajar baca dan fikir sorang sorang
diam-diam dan angguk atau geleng sahaja
tidak perlu sangat pun ruang komen sebenarnya--

sebab kalau yang terkeluar cuma kata keji dan nista--
buat apa ?

semua yang kita tulis
mungkar nakir printscreen je kang .

p/s Ini kata Fynn Jamal .

Wednesday, May 22, 2013

Takut paling digerun

Aku syukur ada kawan
tak kisah sepalat mana perangai dia
dia selalu ada untuk aku dalam susah senang
sudah cukup--

kawan kutuk belakang
aku biarkan
nak menghukum
itu semua kerja Tuhan .

Kadang kamceng "KAWAN"
boleh hilang disebab "EGO"
"Gua ada degree gua ada diploma .Lu apa ada ? Sijil ?"
pun boleh banding--

Senang aku kata
aku TAKUT kehilangan kawan
walau boleh cari merata tempat .

Kawan
kalau carik-carik bulu apa pun
nanti bercantum juga walau macam mana pun
KATA ORANG --

Tuesday, May 14, 2013

Mahu dan kisah

Sebenarnya..
aku memang dah lama perhati
dah lama aku menuggu
kau seperti tiada hati
tak faham apa aku mahu .

Tapi aku tetap bagi peluang
tak pernah mengata
apa mahu aku yang sudah banyak terbuang
kerana kau telah biarkan dengan nyata

Kau tak sedar
sebab aku tak pernah beritahu
tapi kau sebagai orang yang aku sayang
kau perlu tahu segala yang aku mahu walau aku tak beritahu .

Tak susah mana pun --

Aku manusia yang simple
tak mahu lebih
cukup lah dengan selalu menanyakan soalan yang simple
tapi yang amat bermakna .

Kita manusia tidak akan sempurna
tetapi kita boleh jadi sempurna pada mata manusia
kalau kita boleh perbaikan segala yang buruk menjadi yang baik
segala yang kotor menjadi yang bersih .

Jujur aku kata
sememangnya aku jenis yang tidak kisah
segalanya asal boleh .

Jangan satu hari nanti aku kisah tentang semua benda .
Parah kau nanti--