Sebenarnya..
aku memang dah lama perhati
dah lama aku menuggu
kau seperti tiada hati
tak faham apa aku mahu .
Tapi aku tetap bagi peluang
tak pernah mengata
apa mahu aku yang sudah banyak terbuang
kerana kau telah biarkan dengan nyata
Kau tak sedar
sebab aku tak pernah beritahu
tapi kau sebagai orang yang aku sayang
kau perlu tahu segala yang aku mahu walau aku tak beritahu .
Tak susah mana pun --
Aku manusia yang simple
tak mahu lebih
cukup lah dengan selalu menanyakan soalan yang simple
tapi yang amat bermakna .
Kita manusia tidak akan sempurna
tetapi kita boleh jadi sempurna pada mata manusia
kalau kita boleh perbaikan segala yang buruk menjadi yang baik
segala yang kotor menjadi yang bersih .
Jujur aku kata
sememangnya aku jenis yang tidak kisah
segalanya asal boleh .
Jangan satu hari nanti aku kisah tentang semua benda .
Parah kau nanti--