Friday, March 29, 2013

As long as it exists


(Pangkor Island, 2011)

"I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel" -Maya Angelou 

Thursday, March 28, 2013

Aku mahu kata

Biar aku kata .

Hanya aku yang tahu
segala ludahnya aku disini
bukan aku tak mahu menjelaskan dan beritahu
tetapi ini adalah rahsia hati .

Aku manusia yang suka menyimpan
segala rahsia
segala luahan
tetapi ini adalah rahsia yang terbuka .

Rahsia aku boleh kongsi pada sesiapa
tetapi bukan segala
aku memang suka amal perkongsian ni
memberi lebih pahala
aku paling benci amal pencetakan
kerana ia amat menyakitkan .

Faham--

Tuesday, March 26, 2013

Cuba

Sampai satu masa
kita tak mahu kata apa-apa
tak mampu fikir satu benda
tak peduli apa orang kata
hanya mahu bersama
untuk selamanya .

Walaupun ,itu harapan sahaja
Tak mengapa .
Kita boleh terus cuba .

Wednesday, March 20, 2013

Hantu sahaja.

Lalu bagaimana ceritanya kita
kalau mata mu tak pernah ada
kalau tanganmu tak pernah ada
sentiasa sendiri sahaja.

Aku cuma bercinta dengan hantu yang tiada
menampal wajah yang ada pada tubuh yang aku sangka ada
yang cuma ada hanyalah rasa
dan orang kata aku ini perempuan gila.

Aku ingin dipegang ,dibelai dan disayang
aku mahu dipanggil-panggilkan "mari sayang"

Yang kita ada cuma sms
webchat pun tak pernah ada
aku cuma ada sesuatu yang aku pegangkan
cuma ruhmu sahaja.

Tapi aku mahu dipegang
aku mahu disayang
aku mahu mata kita bertentang
aku mahu kau panggil aku "sayang"

Cinta dengan hantu itu tak gemilang
cinta dengan hantu itu buat aku rasa terbuang
cinta dengan hantu itu menyakitkan
cintai aku depan-depan.

Ambil tangan aku dan bawa berjalan
ambillah cinta aku dan bawa tinggi
ambillah tubuh aku dan kau pegangkan
sampai kita tua
sampai aku mati.

Aku tak sanggup bercinta semata dengan hantumu yang tiada
aku tak mau itu semua
aku sendirian tak kah kau rasa ?

p/s: Tentang bercinta ,bersayang tanpa bertemu .


Monday, March 18, 2013

Kosong

Tuhan Sayang Aku
Sebab Itu Lah
Aku Terima Berlambak Dugaan
Tanpa Henti .

Tuhan Nak Tengok
Kesabaran
Kekuatan
Dan Tindakan Aku .

Tapi Malangnya
Aku Cepat Mengalah
Tak Mahu Untuk Terus
Kehadapan .

Aku Kosong .
Aku Memang Manusia Yang Degil Tak Mahu Tanam Cita Cita .
Aku Memang Begitu
Itu Aku .

Sunday, March 10, 2013

Rimas

Hye kau manusia

Siapa kata aku tak risau 
fikiran aku tak buntu
otak tak menggerutu 
aku rasa nak tikam sahaja diri guna pisau
sebab otak dah penuh dengan bacin kutu
yang buat aku rasa hidup aku dah tak laku.

Nasib aku adaNya sentiasa memberi aku ketenangan
memberi aku kesabaran untuk terus hidup.

Tolong jangan buat aku rasa kau manusia yang tak pernah berguna

Rimas--

Wednesday, March 6, 2013

Selamat hari lahir Mama

Tepat jam 12 malam.

Hari ini hari lahir nya
dia sepenuhnya nyawa aku
apa perlu aku beri pada nya
kerna aku tak mampu.

Sebak hati melihat wajah berkerut kepenatan
wajah tersenyum demi menutup kesakitan
ini semua bukan untuk dirinya sahaja tapi pada untuk mereka juga yang berkaitan.

Aku tak boleh tahu
isi hatinya
mungkin sukar untuk tahu
tapi aku cuba untuk mengetahui dari raut wajahnya.

Aku tahu dia sedih
tapi tak pernah mahu luahkan
aku tahu dia pedih
tadi dia tahu Tuhan akan dengar segala apa yang di luahkan.

Aku tak kerja keras untuk kegembiraan dia
aku hanya tahu ranap hati dia
aku sedar aku memang tak pernah berguna jadi manusia yang tidak pernah hargai segala pengorbanan dia.

Bila aku kata akan aku usaha untuk memberinya sebuah hadiah untuk kenangan
kau sering menolak kerna itu tak memberi apa makna untuk berpanjangan

Ustazah aku sering berkata tentang seorang ibu .Jika mahu lihat bagaimana rupa ibu kita dalam keletihan beliau demi anak anak.
Lihat wajahnya ketika tidur.
Jika kita terlihat dahinya berkerut seribu kerutan ,rupanya seperti tidak lena tidur ,itu menandakan dia tidak pernah putus memikirkan tentang anak anak.

Tuhan sering beri aku rintangan ketika hari lahirnya.
Bukan aku merungut ,mungkin itu takdir.
Aku terima ketentuanNya.
Aku cuba tandingi untuk memberi kesenangan hati agar senyum terus terukir.

Mama,
kakak tak pernah putus sayang mama
kakak tak pernah putus rindu mama walau kakak keluar rumah hanya sejam
kakak selalu ingin tahu apa keluhan mama tiap hari yang mama simpan
kakak ingin tahu apa isi hati mama yang mama pendam
kakak ingin tahu apa yang mama ingin kan sampai sekarang tidak tercapai
kakak ingin tahu apa doa mama untuk kakak
kakak selalu ingin tahu segalanya
kalau di izin kan Tuhan kakak nak mama sentiasa ada dengan kakak sehingga nyawa kakak di ambil.

Kiriman doa dan serangkap ucapan yang aku mampu untuk hari lahirnya.

Selama hari lahir ibunda .Terima kasih kerena melahirkan kakak ,mendidik kakak sehingga kakak dewasa .Moga Tuhan panjangkan umur mama ,lindungi mama dan dimurahkan rezeki .Amin .

Monday, March 4, 2013

Berdoa

Ya Allah ,
Ya Tuhan
kau lindungi lah mereka yang berjuang di Sabah
tatkala
kami sedang enak menjamu selera
tidur lena sehingga di buai mimpi
sedang kan mereka mempertaruhkan nyawa demi negara
mak ,ayah ,anak ,bini mereka tidak duduk senang
dengan hati yang tak tenang
fikir dan risau akan keselamatan dan kesejahteraan mereka di sana .
Kau lindungilah mereka
Ya Allah .
Kuatkan lah semangat juang mereka
Amen................

Friday, March 1, 2013

Baru

Moga hidup aku di berkati Tuhan
moga Tuhan dengar segala doa aku di bulan baru 
moga aku terus sabar tempuhi segala halangan .

Amen.....

Bulan baru 
mood baru.