Friday, February 19, 2016

Syurga untuk dia

Setiap waktu untuk tidur Aku sering teringat dia
Setiap detik di tempatnya Aku sering terdengr suara dia
Setiap Dugan yang datang pada Aku ,Aku sering terniang kata kata dia

Dia yang paling murni paling disayangi Oleh teman teman rapatnya
Dia lah orang semua tak boleh lupa dengan budinya Tanpa dia menilai baik buruk manusia

Mana mahu lagi Aku cari seperti dia

Dia lah nenekanda Aku yang disayangi
Aku Amat merindui beliau
Al-Fatihah

Saturday, January 9, 2016

Senyuman terakhir

Rindukan seseorang yang sering menanyakan khabar aku
yang sering risaukan tentang aku
yang sering risaukan kewangan keluarga aku
yang sering risaukan tentang kehidupan keluarga aku

Dia yang banyak membantu kami sekeluarga
memberi semangat
memberi dorongan
memberi kasih sayang

Dia telah pergi meninggalkan kami selamanya
tiada pengganti untuk dia
tiada yang lebih kami sayang dari dia
dia lah satu satunya maktok yang kami sayang

Belum genap sebulan maktok pergi
kami masih terbayang maktok ada di rumah
masih terasa maktok memanggil nama kami
masih terasa maktok risaukan kami

Kami rindu maktok
walau macam mana kami rindu maktok
kami redha dengan pemergiaan mu
AL FATIHAH

Wednesday, December 2, 2015

Day1

Adventure begin !
Pagi seperti biasa ke sekolah
hati tenang ceria

Sampai sudah sembilan pagi
bermula saat yang dinantikan
tangisan meronta didengari
laungan panggilan "orang yang disayangi"

Pujuk sana sini
ada yang boleh jalan
ada yang masih keras hati
aku cuba lagi selagi boleh

Keluar segala perkakas yang disediakan
segala percikan air dari mulut
titisan air mata
dibasahi di baju aku

Its okayy
ni semua dugaan
kalau kerja tak ada dugaan
tak rasa seronok

Tapi paling tak boleh nak lupa
budak kecik comel gigit kaki aku
Hahahahaha
Teacher love you !

Day 2 will update


Saturday, November 28, 2015

Masih yang dulu

Cara dia tak ubah
dari dulu

Cara dia buat aku berdebar
perasaan aku
memang tak ubah dari dulu .


Sunday, November 22, 2015

Maaf

Aku mula rasa rindu
pada tiap tiap masa
masa kau tiada
masa diri terasa sunyi

Bila kau datang
buat aku tersenyum
lalu kedengaran hati berkata
"Jangan lebih, dia kawan awak harapan apa yang mahukan tolong buang"

Kadang aku rasa seperti kau hanya
milik aku
tetapi mungkin hanya kemahuan aku
kenyataan semua aku tidak mungkin dapat

Maaf kerana aku sering rindu pada kau.

Friday, November 13, 2015

Dot

Tidak mengharap
tidak bagi apa apa harapan

Cuma nak buat hati bahagia seperti dulu.

Friday, October 30, 2015

Serlahkan segala yang mampu

Bila orang kata baik kerja sendiri
dari di kuli

Ok from the point orang kata macam tu
mula memang fikir kerja sendiri
jadi orang atasan
memang seronok

Tiada sesiapa berhak di kuli kulikan
tapi dari mana kita nak dapat pengalaman
kalau bukan dari di kuli
bukan begitu ?

Mari aku katakan orang melayu memang bijak
tetapi tidak bijak mengunakan kebijaksaan itu

Bukan nak mengutuk atau apa apa
tetapi aku dah sedar aku dah lihat
aku tak lah sebijak mana
tetapi aku boleh berfikir dengan bernas.



Sunday, October 11, 2015

Paling bahagia

10 October adalah hari bahagia bagi aku
bila aku dapat tahu semua kenyataan
bila seseorang telah jujur
bila aku telah luahkan

Terima kasih kau telah kembalikan
senyuman aku
aku percaya bukan untuk kali ni saja aku rasa bahagia
mungkin di kemudian hari juga

Aku manusia paling beruntung kerana
dikurnia kawan seperti kau
yang selalu memahami aku
dah setia berkawan dengan aku

Tiada manusia yang boleh lupakan setiap
detik manis pahit bersama kawan
yang dia benar benar sayang

Nescaya aku manusia paling bersyukur
kerana kau masih ada disamping aku
terima kasih bestfriend
aku memang tak akan boleh lupakan kau