Saturday, September 12, 2015

What iam dreaming

Masih ada rasa rindu
masih terbayang wajah dia
masih terniang suara dia
masih terhidu bau dia

Tetapi aku tak mungkin dapat memilikinya
lagi
kerana tempat aku telah digubar
dan diganti yang baru

Kadang mahu dikata hati tersiksa
aku redha
kadang dikata hati kecewa
aku tawakal

Kalau mungkin jodoh tetap ada
sama aku
pulang juga dia ke pangkuan aku
kalau tiada
aku hanya berkhayal.

Tuesday, August 11, 2015

Yang terbaik tetap datang walau sukar

Susah nak ungkap apa rasa hati
tapi sampai bila mahu aku simpan
segala berbuku nya
moga aku dapat jalan yang betul

Menangis kadang adalah
penyelesaian bagi aku
tetapi tanpa kepuasan
aku perlu mereka

Mereka yang pernah hadir
kala aku susah
kala aku memerlukan
tetapi sekarang mereka...

Makin jauh
makin berundur
mana aku mahu cari kawan
seperti mereka

Aku tetap mahu luahkan rasa hati
walau bagaimana susah mahu mencari mereka
aku tetap percaya Allah akan
tetap satukan kami bersama seperti dahulu

Rindu kan kamu semua kawan~

Saturday, July 25, 2015

im new

Start from now aku ada tanggungan yang berat about kerja. Well now i be a teacher. Teacher tadika. So when kita kata kita kerja at tadika semua be like "you must be strong lah kan kerja layan budak budak" orang tua kan memang always menakutkan aku. But i know i can ! So kipidap. hahaha

Saturday, May 30, 2015

Dia si hitam

Aku suka buat sesuatu ikut kata hati
SEBAB
aku nak puaskan hati sendiri
Jadi kau yang tiada kena mengena
tolong berambus !

Wednesday, May 27, 2015

Kerana ingatan masih segar

Ingat tak dulu kita selalu makan semeja
sambil makan kita kongsi cerita
sambil makan kita gelak tawa
masih ingat ?

Ingat tak dulu setiap petang kita semua selalu lepak luar rumah
sambil ambil angin kita makan rambutan
sambil juga kita berborak
masih ingat ?

Ingat tak dulu kita semua suka berkumpul depan tv setiap lepas maghrib
kita tonton berita dan kita tunggu cerita yang kita ternanti nak tengok bersama
maasih ingat ?

Ingat tak dulu tiap kali hujan turun dengan lebat sangat
depan rumah kita mesti banjir lalu kita bersihkan bersama
masih ingat ?

Tahu kenapa aku tertanya "masih ingat ?"
kerana aku amat dan teramat rindu kenagan aku yang dahulu
kenangan aku duduk dirumah yang begitu nyaman
aku rindu sangat--


Wednesday, March 11, 2015

Kerana kamu semua

Pengalaman mengajar kita menjadi dewasa

Kongsi cerita sesama kita mengajar kita mahu terus kehadapan

Kawan baru membuat semangat kita membaur

Kerana itu aku bersyukur kerana dia kurniakan kamu semua sebagai sahabat sekerja aku

Aku gumbiraaa :)

Saturday, March 7, 2015

Cuma mengharap

Kenapa mesti mudah rasa lemah
sedangkan ramai yang hadapi.

Kenapa mesti mudah rasa takut
sedangkan ramai memberi dorongan.

Kenapa mesti mudah rasa murung
sedangkan semua tersedia gembira.

Kenapa mesti mudah rasa mengalah
sedangkan tiada siapa yang mematah.

Kenapa mesti mudah rasa risau
sedangkan tiada siapa mendesak.

Jadi manusia biar berfikir panjang
fikir hidup
fikir makan
fikir nak berjaya
fikir nak kaya
itu aje.

Jadi tolong teruskan

Tuesday, December 30, 2014

New year

Enough for everything
lupakan kau
lupakan kes kita
lupakan sahaja apa yang sudah lepas

Tahun baru sudah tiba
aku tak akan tanam apa-apa azam
azam yang sudah pun tak tertunai

Aku akan kumpul duit 
demi diri 
demi masa depan
demi keluarga

I need job
for a new year !

Walau aku tak dapat beri segulung ijazah
namun aku akan tunaikan apa yang mereka mahukan
aku bersyukur kerana mereka sentiasa memberi aku peluang

Aku akan cuba berubah
thanks for those yang sentiasa support aku 
dalam pada aku sering macai macai
family ,kawan kawan, adik beradik , wait adik beradik ta ada kot. bruh~

Okay lah 
Selamat Tahun Baru
hadapilah dengan tabah !
Peace :)