Thursday, October 24, 2013

Torture

Ingin aku sampaikan salam
pada yang disana
mengharap yang disana masih menyahut salam

Apa yang disana sedang lakukan
pergi dari sini tanpa berita
apa masih ingat pada janji yang dikatakan
atau sudah lupa daratan

Let me know

Apa khabar kau kat sana ?
apa cerita kau kat sana ?
apa masalah kau dekat sana ?

Honestly im worry about you
even you're going to leave me without news

Cuma perlu ungkapkan jika kau sudah ada yang lain
aku cuba terima
Jangan main teka teki dengan aku
aku penat menunggu

Aku rindu kau--

Tuesday, October 1, 2013

Pernah ?

Pernah tak kau rasa sayang sangat kat seseorang

sampai apa dia buat
apa dia cakap
apa dia fikir
apa dia dengar
apa dia percaya
apa dia suka
apa dia benci
semua kau nak tahu

sampai kau sanggup maafkan apa jua salah dia
kecil ,besar kau sanggup lupakan
sebab nak lupakan salah tu
lebih mudah dari kau pilih
untuk lupakan dia

sampai dia kau letak paling atas
apa yang lain cakap
apa yang kanan kiri bisik
kau dengar tapi kau peduli apa
untuk buang dia ,mustahil

sampai kau bukan setakat bayangkan
malah kau doakan
yang di masa depan
dah tertulis
dia ada

sampai godaan lain
secantik sekacak mana
tak akan lebih cantik
tak akan lebih kacak
dari dia di mata kau

sampai mampu tertitis airmata kau
kalau di bayang hidup kau
tanpa ada dia
pernah ?