Sunday, August 25, 2013

Masih berdiri aku disini

Hari ini genap aku 19 tahun
Tanpa aku sedari
Aku bakal masuk lingkungan 20 tahun
Untuk hari hari yang bakal menyusuri

Tiada apa yang dapat melambangkan
Bahawa hari ini hari lahir aku
Kerana tiada siapa yang pernah mengingatkan
Kecuali diri aku

"Selamat hari jadi wahai auni .Moga diri engkau tabah menghadapi segalanya"

Kata aku--

Aku tak akan rasa kecewa
Dengan tidak ada sebarang kejutan
Tiup lilin , nyanyian hari jadi mahupun hadiah

Masih adanya keluarga untuk aku
Adalah hadiah yang bermakna buat selamanya untuk aku

Terima kasih Tuhan kau masih pelihara aku--


26 Ogos 1994